KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata tangkapan dibuat, selepas mangsa iaitu pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu yang berusia 46 tahun membuat laporan polis, mengatakan telah diugut oleh suspek dengan menggunakan pistol.
"Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mangsa telah meminta pengenalan diri daripada suspek yang mahu masuk ke kawasan perumahan itu untuk berjumpa teman wanitanya, bagaimanapun suspek enggan memberi kerjasama.
"Sebaliknya dia telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan apabila pengawal itu tidak percaya dengan pengakuan tersebut, suspek telah menunjukkan sepucuk pistol. Bimbang dengan keselamatan diri mangsa telah membenarkan suspek masuk ke kawasan perumahan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian itu, Mohd Zaid berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dan merampas sepucuk pistol bersama 10 peluru hidup.
Mohd Zaid berkata semakan mendapati, lelaki terbabit memiliki surat kebenaran membawa, menggunakan senjata dan peluru, bagi tujuan penugasan di syarikat kawalan keselamatan dan bukan anggota polis.
"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah," katanya.
Mohd Zaid berkata, lelaki terbabit direman empat hari sehingga 25 Sept ini untuk siasatan mengikut Seksyen 506/170 Kanun Keseksaan, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Suspek ditahan selepas pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan membuat laporan polis. - Gambar hiasan
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri
Dua anak kepada pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan dalam insiden di KLIA, sudah tidak sabar untuk bertemu bapa mereka.
Reman suspek kes tembak KLIA disambung lima hari
Perintah sambung reman yang berkuat kuasa esok hingga 27 April itu, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Insiden tembak KLIA: Pengawal peribadi selesai jalani pembedahan, mungkin perlu dialisis sementara
Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur, Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang.
Tembakan di KLIA: Pengawal peribadi jalani pembedahan
Pengawal peribadi yang ditembak dalam kejadian di KLIA Terminal 1, Muhammad Nur Hadith Zaini, 37, menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
Kes tembak di KLIA: Polis rekod keterangan 11 saksi
Polis telah merekodkan 11 keterangan individu untuk siasatan kes lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.
Tembakan di KLIA: Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri
Farah Cie turut berkongsi keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.